KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,807 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 444,484 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,149 kes.
Ia disusuli Sarawak (649), Kelantan (329), Kuala Lumpur (320), Johor (257), Pulau Pinang (245) dan Kedah (224).
“Semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini. Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu, sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 17 kes kematian disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan. – MalaysiaGazette