GENEVA – Varian B1617 yang menjadi punca peningkatan kes Covid-19 di India kini menular di sekurang-kurangnya di 44 buah negara.
Agensi melaporkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian itu kini ditemui di lebih banyak negara.
Pendedahan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu varian yang pertama kali ditemui di India pada Oktober tahun lalu kini telah dikesan dalam lebih 4,500 sampel.
Ia dipercayai telah dimuat naik di pangkalan data dari 44 negara.
“Ketika ini WHO telah menerima laporan bahawa varian itu dikesan di lima lagi negara.
“Setakat ini Britain melaporkan jumlah kes Covid-19 yang tertinggi melibatkan varian B1617,” katanya.
Semalam, WHO mengklasifikasikan varian B1617 sebagai kebimbangan global.
WHO memberitahu, beberapa kajian awal menunjukkan varian B1617 lebih mudah menular.
WHO juga telah menyenaraikan B1617 mempunyai ciri dan mutasi yang sedikit berbeza.
Ia secara tidak langsung menunjukkan varian itu lebih berbahaya berbanding virus asal yang mana ia lebih mudah menular, membawa maut dan mampu menembusi kekebalan perlindungan vaksin. – MalaysiaGazette