JAKARTA – Vaksin Sinovac Biotech Ltd dipercayai telah berjaya membantu mengurangkan penularan virus Covid-19 dalam kalangan pekerja kesihatan di Indonesia.

Keadaan ini telah memberikan kelegaan buat kalangan warga Indonesia yang bergantung harap dengan vaksin itu.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, pihaknya mendapati vaksin itu melindungi 100 peratus daripada kematian dan 96 peratus daripada rawatan di hospital tujuh hari selepas itu.

“Sebenarnya 94 peratus pekerja telah dilindungi daripada jangkitan, memang ini sesuatu yang luar biasa.

“Kami melihat penurunan yang sangat drastik di hospital dan kematian dalam kalangan pekerja perubatan,” kata beliau dalam satu temu bual khas semalam.

Bagaimanapun tidak diketahui apakah jenis strain suntikan Sinovac di Indonesia, tetapi negara itu belum mengalami penularan wabak yang besar disebabkan oleh varian yang kini menjadi kebimbangan umum. -MalaysiaGazette