Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap akibat puting beliung di Wuhan. foto Agensi

BEIJING – Sebanyak 10 maut dan lebih 300 cedera selepas kejadian puting beliung melanda di timur China dan pusat bandar Wuhan lewat malam tadi.

Agensi berita melaporkan, pihak berkuasa mendedahkan angin kencang dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam melanda negeri itu turut memusnahkan lebih 30 buah rumah setakat ini.

Banyak kenderaan juga terjejas dan rosak teruk kerana puting beliung ini, selain merosakkan tiang elektrik serta banyak pokok tumbang akibat angin kencang.

Beberapa bangunan runtuh, menyebabkan bekalan elektrik lebih 26,000 rumah terputus.

Anjing digunakan untuk mengesan mayat di kawasan runtuhan. foto Agensi

Puting beliung itu juga merosakkan dua kren pembinaan apabila satu daripadanya jatuh ke tapak pembinaan berhampiran menyebabkan lebih banyak kerosakan termasuk jalan raya.

Di Suzhou, puting beliung dengan kelajuan lebih 200 kilometer sejam telah menyebabkan empat orang maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ada juga imej dikongsikan dalam laman sosial puting beliung yang menyebabkan kerosakan besar.

Agensi kaji cuaca juga meramalkan banyak lagi puting beliung di Shanghai lewat petang ini waktu tempatan. -MalaysiaGazette