Arambarri dalam radar Manchester United

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan menghubngi Getafe mengenai potensi pembelian bintang prolifik Mauro Arambarri.

Perancang tengah antarabangsa Uruguay itu kini diintai Manchester United untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan menghadapi Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Selepas memperbaharui kontrak setahun bersama Edinson Cavani di Old Trafford pengurus the Red Devils dikatakan memburu pemain jentera tengah dan sayap kanan yang baharu.

Arambarri dilaporkan sedang dipantau rapat oleh Solskjaer dan pengurus di Old Trafford itu sangat serius untuk mendapatkan khidmat bintang La Liga berusia 25 tahun itu.

Arambarri mempunyai yuran kluasa pelepasan bernilai 25 juta euro bersama Atletico Madrid.

Arambarri menjaringkan tiga gol dalam 34 penampilan bersama Getafe dalam La Liga Sepanyol musim ini.

Pemain itu dilaporkan akan menjadi pesaing alternatif untuk dua tonggak tengah pasukan iaitu Fred dan McTominay selepas kedua-dua gandingan itu bergelut dalam aksi kalah menentang Liverpool di Old Trafford semalam.-MalaysiaGazette