Pihak bomba berjaya gagalkan cubaan bunuh diri seorang lelaki di Flat Padang Tembak, Ayer Itam dalam kejadian pada bulan Mei lalu.

GEORGE TOWN – Syawal ketiga sebuah keluarga dikejutkan dengan insiden salah seorang ahli keluarga mereka cuba bunuh diri dengan bertindak terjun dari Flat Padang Tembak, Ayer Itam di sini hari ini.

Bagaimanapun, cubaan lelaki berusia 20 tahun yang cuba terjun dari tingkat 16 itu berjaya digagalkan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Yusri Zakaria berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan daripada keluarga masa pada jam 7.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Mangsa ugut terjun berjaya diselamatkan pihak bomba.

“Sebaik tiba kita dapati mangsa berada di tingkat 16 selain mengugut untuk membunuh diri.

“Pihak kita berjaya pujuk serta tenangkan mangsa dalam tempoh lapan minit sebelum membawanya turun ke bawah,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Yusri, pihaknya dimaklumkan lelaki bertindak sedemikian susulan terjebak dalam kancah menghidu gam.

“Kita serahkan lelaki itu kepada polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.04 pagi tadi,” ujar beliau. – MalaysiaGazette