Logo Jabatan Laut

KUALA LUMPUR – Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah dibawah seliaan Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Kota Setar yang berkuatkuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021.

Oleh itu tiada perkhidmatan feri penumpang dari/ke Kuala Kedah dan Langkawi dalam tempoh ini.

JLM berkata, perkhidmatan kargo antara Kuala Kedah-Pulau Langkawi masih diteruskan.

Perkhidmatan Perlu Mod Pengangkutan Laut (Essential Services) masih mempunyai alternatif menggunakan feri RORO di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast