Jumlah korban akibat positif Covid-19 hari ini sebanyak 60 kes - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kematian diakibatkan oleh Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mencatatkan pertambahan hari ini.

Dengan rekod terbaharu, sebanyak 47 kematian hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, masing-masing lima di Sarawak dan Pulau Pinang.

Manakala empat kematian di Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan, tiga kes di Perak, dua kes di Pahang serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 3,497 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif adalah 432,600.

Tambah beliau, sebanyak 531 Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 277 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu Dr, Noor Hisham berkata, sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti KKM yang mana tujuh daripadanya melibatkan penularan di tempat kerja, lima daripada aktiviti keagamaan dan tiga kluster institut pendidikan.

Selain itu empat kluster baharu lagi merupakan penularan dalam kalangan komuniti.-MalaysiaGazette