Kekalahan Leicester kepada Chelsea dalam aksi EPL meletakkan pasukan itu diambang bahaya kehilangan peluang mara ke liga juara-juara eropah musim depan.

LONDON – Pengurus Chelsea Thomas Tuchel memberi amaran kepada anak buahnya bahawa misi belum selesai walaupun berjaya menewaskan pesaing, Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan itu sekali gus membalas dendam kepada kekalahan final Piala FA.

Namun kekalahan malam tadi untuk the Foxes diibaratkan sebagai deja vu apabila Chelsea berjaya mencerahkan peluang kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan yang sebaliknya untuk Leicester.

Apa yang pasti aksi penutup tirai kempen EPL musim ini bakal menyaksikan dengan dua aksi dramatik Leicester dan the Kops yang berebut slot akhir empat teratas carta liga domestik untuk mara ke kempen pentas Eropah.

Kini skuad Brendan Rodgers dalam kedudukan bahaya kehilangan peluang itu apabila Liverpool akan merampas kedudukan empat teratas itu sekiranya menang ke atas Burnley awal pagi esok dan Crystal Palace Ahad ini.

Tuchel menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Leicester malam tadi sebagai aksi cemerlang tetapi pada masa yang sama mengingatkan anak buahnya bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk meraikan kemenangan itu kerana tugas belum selesai sepenuhnya.

“Kami ada dua perlawanan lagi untuk diharungi walaupun gembira beraksi dengan berbekalkan semangat dan sokongan penyokong di stadium selepas lebih lapan bulan,” katanya.

Chelsea akan mengesahkan tiket ke kempen Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan ke atas Aston Villa Ahad ini.

Manakala the Foxes akan berdepan Tottenham Hotspur di King Power Stadium dalam aksi terakhir liga musim ini dan jika menang pun mereka masih perlu menantikan keajaiban Liverpool kalah dalam mana-mana dua perlawanan terakhir nanti.

Liverpool dalam dua perlawanan terakhir musim ini akan menentang Burnley pada pagi esok dan Crystal Palace Ahad ini.

Jika Liverpool menang dalam dua akhir terakhir liga dengan gol 1-0 atau lebih , maka tugas besar menanti anak buah Brendan yang perlu menang dengan bilangan gol 3-0 dan ke atas menentang Spurs untuk menamatkan saingan liga dalam empat teratas kali ini.

Sama ada Leicester atau Liverpool akan mara ke liga Eropah akan diketahui Ahad ini.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap² liverpool menang dlm dua perlawanan terakhir EPL musim ni. Mohamad Salah dan Sadio Mane dan rakan² mesti kerja keras utk melayakkan liverpool ke UCL musim depan.

Comments are closed.