Toni Kroos.

MADRID – Real ­Madrid berdepan cabaran hebat dalam perebutan gelaran La Liga apabila kehilangan khidmat pemain berpengaruh, Toni Kroos yang disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh pe­ngurusan The Galacticos selepas Kroos terlebih dahulu disisihkan ketika menyaksikan skuad ken­dalian Zinedine Zidane itu menang 1-0 ke atas Athletic Bilbao pada aksi La Liga, minggu lalu.

“Real Madrid boleh mengesahkan bahawa Toni Kroos dijangkiti Covid-19 selepas ujian calitan dilakukan kepadanya hari ini. Dia (Kroos) terkena virus itu selepas menjadi kontak rapat kepada rakannya yang terlebih dahulu di­sahkan positif.

“Justeru, Kroos telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri sejak Jumaat lepas dan tidak akan bersama pasukan pada aksi terakhir La Liga menentang Villareal pada Sabtu ini,” kata Real dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Real kini ke­tinggalan dua mata berbanding Atletico yang gah mendahului liga ketika saingan musim ini hanya berbaki satu perlawanan sekali gus memberi cabaran hebat dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Kroos kini menjadi watak penting dalam skuad kendalian Zidane itu selepas membuat 42 kemunculan dalam semua kejohanan musim ini selain berjaya menjaringkan tiga gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast