Mbappe membantu PSG menjulang Piala Perancis untuk kali keenam dalam tujuh musim terakhir ini selepas menewaskan lawannya Monaco 2-0 dalam aksi semalam.

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) menjulang Piala Perancis untuk kali keenam dalam tujuh tahun selepas menewaskan Monaco di stadium Stade de France.

Mauro Icardi meletakkan pasukan Mauricio Pchettino di hadapan pada minit ke-19 separuh masa pertama.

Mbapppe kemudian menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-81 untuk

Ia merupakan piala kedua untuk PSG di bawah kendalian Pochettino selepas menjulang Throphee des Champions pada Januari lalu.

Selaku juara bertahan, PSG satu mata di belakang pendahulu Ligue 1 Perancis iaitu Lille.

Kedua-dua pasukan merebut gelaran Ligue 1 kali ini dan aksi terakhir penutup kempen kali ini akan menentukan juara Ligue 1.

PSG akan bertemu pasukan Brest yang menduduki tangga ke-16 dalam carta liga manakala Lille akan berjumpa Angers untuk mengesahkan kemenangan piala Ligue 1.-MalaysiaGazette