KUALA LUMPUR – Kedua-dua pihak, pejuang Hamas dan Zionis Israel perlu menggunakan masa khas gencatan senjata untuk mencari penyelesaian, melindungi keadilan dan mengembalikan keamanan.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selepas penyelesaian tercapai, negara Palestin perlu dibina semula secara bersama dengan didokong oleh kesatuan umat Islam seluruhnya.
“Kini masanya untuk kedua pihak mencari penyelesaian, melindungi keadilan, mengembalikan keamanan dan membina semula Palestin secara bersama dengan dokongan kesatuan umat Islam seluruhnya.
“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.
Media Barat melaporkan, pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata bagi menamatkan ketegangan di Gaza berkuat kuasa awal pagi Jumaat, waktu tempatan.
Perkara itu disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam.
Kenyataan pejabat Perdana Menteri Israel, Netanyahu itu berkata, kabinetnya sebulat suara menerima saranan yang diusulkan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.
Bagaimanapun, beberapa minit selepas pengumuman itu dibuat, kedua-dua belah pihak tetap terus melakukan pertempuran apabila beberapa roket dilihat terus dilancarkan.
Sekiranya gencatan itu benar-benar dilaksanakan maka ianya berpotensi menamatkan perang yang berlangsung selama 11 hari. – MalaysiaGazette

















Itu je ker…. Kasihan Palestine selamanya x akn Merdeka…shameonyouhadi
Strategi bantuan kepada Palestine dari negara2 Islam juga kena berubah! Daripada hanya untuk tujuan pembangunan semula semata2 yang pada akhirnya akan dimusnahkan lagi oleh Yahudi kepada strategi membekalkan senjata2 canggih, peluru anti tank, anti jet2 perjuang juga dron2 bermutu tinggi buatan Turki, Rusia dsb. Ianya hanyalah bertujuan untuk mempertahankan diri semasa perang2 yang dijangkakan akan dilancarkan pada masa hadapan oleh musuh2 mereka!