KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan Covid-19 merekodkan angka tertinggi hari ini sejak penularan wabak ini dikesan di negara ini dengan merekodkan 6,976 kes.

Kenaikan kes ini menjadikan  jumlah keseluruhan sebanyak 512,091.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada angka itu Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,235 kes sehingga tengah hari tadi.

Selangor ketika ini mempunyai jumlah kumulatif sebanyak 167,629 kes setakat ini.

Beliau berkata, ia disusuli Sarawak dengan 663 kes manakala Kelantan pula mencatat 626 kes hari ini.

Noor Hisham turut memberikan pecahan kes mengikut negeri seperti berikut;

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,235 (167,629)

Sabah – 136 (60,378)

Johor – 549 (53,963)

WPKL – 447 (53,639)

Sarawak – 663 (42,283)

Pulau Pinang – 372 (25,735)

Negeri Sembilan – 434 (22,704)

Kelantan – 626 (22,546)

Perak – 279 (18,549)

Kedah – 422 (15,344)

Melaka – 209 (9,761)

Pahang – 263 (7,772)

Terengganu – 266 (6,967)

WP Labuan – 37 (2,711)

WP Putrajaya – 30 (1,674)

Perlis – 8 (436) -MalaysiaGazette

berita menyusul lagi