Kumpulan Search

KUALA LUMPUR – Home Of Champions ( HOC ) iaitu syarikat yang didakwa telah menggunakan nama Search tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori
di beberapa laman web akan mengadakan sidang media pada Jumaat ini.

Pengurusnya, Mozylir Mokhtaruddin, ia bagi menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka oleh Search pada Jumaat lalu.

Kata beliau, sidang media ini akan turut dihadiri oleh barisan peguam kami dan
pihak Search Band.

“Pihak media cetak dan media elektronik dijemput menghadiri sidang media ini untuk
mengutarakan segala persoalan. Pihak kami dan Search band akan menjawab segala
tuduhan dan pertanyaan dari pihak media.

“Pihak HOC juga ingin memaklumkan kepada pelanggan dan peminat, operasi perniagaan
kami berjalan seperti biasa dan akan meneruskan aktiviti pemasaran seperti yang dirancang. Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mozylir turut memberitahu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, pihak HOC dan pihak peguam kami belum menerima apa-apa notis tuntutan dari pihak bekas vokalis Search iaitu Amy dan Nasir.

Jumaat lalu, kumpulan rock legenda tanah air memberi masa tujuh hari kepada Mozylir untuk menghentikan semua kegiatan yang melibatkan kumpulan rock terkemuka itu.

Menerusi satu sidang media melalui Instagram Live, ahli kumpulan Search, Nasir, Amy dan anak bekas pemain dram, Allahyarham Yazit memberitahu, mereka akan memulakan tindakan undang-undang jika pihak Mozylir gagal berbuat demikian.

Mozylir yang berniaga atas nama ‘Home of Champions’ didakwa telah menggunakan nama Fenomena Search atau imej berkaitan Search bagi menjual pakaian dan aksesori lain termasuk kasut Aliph X Search Edisi 2021. – MalaysiaGazette