worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 63 kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dilaporkan hari ini yang melibatkan 10 negeri, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu, ia membabitkan 24 kes di Selangor, sembilan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing lapan kes di Johor dan Kedah.

Tambah beliau, lima kes kematian dicatatkan di Perak, tiga kes di Melaka, masingmasing dua  kes di Sarawak dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu kes di Sabah dan Pahang.

“Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini 63 kes dengan jumlah kes kematian adalah 2,432 kes.

“Sementara itu, seramai 756 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala pesakit yang menggunakan bantuan alat pernafasan sebanyak 377 orang,” katanya kenyataan harian di sini hari ini.

Hari ini, Malaysia mencatatkan kes harian baharu positif Covid-19 yang melibatkan 7,473 tempatan dan lima kes import.

Kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 4,665 kes yang menjadikan jumlah kes sembuh sehingga kini sebanyak 464,727 kes.

Sementara itu, sebanyak 22 kluster dikenalpasti hari ini yang menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 593 kluster.

Ia membabitkan Selangor sebanyak lima kluster, Johor (empat), masing-masing tiga Pulau Pinang dan Pahang, masing-masing dua dia Sabah, Kelantan dan Sarawak serta satu kes kluster di Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast