NEW DELHI – Jumlah kes Covid-19 di India berjumlah 27,157,795 hari ini dengan 208,921 kes baharu yang direkodkan, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,157 orang meninggal dunia menjadikan jumlah korban 311,388 kes.

Namun, angka kes aktif menurun kepada 2,495,591.

India yang memulakan program vaksinasi Covid-19 sejak pertengahan Januari lalu telah memberi 200,662,456 dos.

Fasa ketiga suntikan vaksin sedang dilaksana di seluruh India membabitkan penduduk berusia 18 tahun ke atas tetapi usaha itu terbatas akibat kekurangan bekalan vaksin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast