Abdl Mahmood Raman

JOHOR BAHRU- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atai lockdown merupakan jalan terbaik untuk mengekang penularan Covid-19.

Added: Malah langkah tersebut akan membolehkan rakyat berasa lebih selamat.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu kerajaan negeri mempertimbangkan PKP penuh jika angka kes harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan.

Petugas barisan hadapan, Abdl Mahmood Raman berkata, pelaksanaan PKP penuh bakal memberi kebaikan kepada rakyat Johor keseluruhannya.

Cadangan itu, jelas beliau, bukan sahaja menunjukkan keprihatinan Sultan Johor terhadap keselamatan rakyatnya, malah ia bakal memberi kebaikan kepada rakyat termasuk ekonomi negeri.

“Saya sebagai rakyat Johor brsetuju. Menjungjung kasih Tuanku. Saya setuju sekiranya lockdown seperti MCO 1.0, ketika itu kita berjaya kurangkan sehingga single digit.

“Peningkatan kes dalam tempoh seminggu ini kita lihat semakin naik bukan menurun, jadi perkara itu sudah tentu membimbangkan kita sebagai rakyat walaupun saya percaya kita semua telah sedaya upaya mengikut SOP ditetapkan.

“Namun disebabkan peningkatan ini kita berasa bimbang terutama mereka yang mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang telah uzur. Semua itu memberi kesan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Abdl Mahmood, kerajaan negeri harus memberi pertimbangan terhadap cadangan Sultan Johor itu.

Dave A. Madhavan

Sementara itu, bekas penyampai radio, Dave A. Madhavan berpendapat, sekiranya PKP penuh mahu dilaksanakan seperti mana PKP 1.0, stimulasi pakej rangsangan perlu dilaksanakan secara menyeluruh kepada mereka yang terkesan.

“Stimulasi pakej rangsangan yang diberikan ketika itu diberi secara menyeluruh termasuk untuk pemain industri, 20 peratus untuk anggota perkhidmatan awam dan 40 peratus untuk sektor swasta dan saya yakin keadaan ekonomi Johor tidak akan terganggu gugat dengan lockdown ini.

“Tambahan pula kerajaan Johor telah melibatkan semua MP (Ahli Parlimen) dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk memastikan pengundi di kawasan masing-masing memberikan data lengkap tentang kehidupan mereka, jadi saya sokong penuh,” katanya.

Menurut peniaga makanan, Noreen Aqsha Ghafoor Abdullah, semua industri akan terkesan dengan peningkatan Covid-19 namun cadangan PKP penuh penuh sememangnya dinantikan rakyat Johor.

“Setuju dengan cadangan ini, sekarang ini sebagai peniaga kita tidak boleh buat progres, sekarang kedai semua tutup dalam pukul 8 malam.

“Sekiranya buat lockdown penuh sekurangnya dalam dua minggu kita sudah tahu dalam lockdown penuh memang kita tidak akan ada berniaga dan insyallah kalau kes turun kita tahu mungkin pulangan akan dapat lebih baik dari sebelumnya.

“Contoh lepas dua minggu orang sudah boleh datang kedai, makan di kedai. Sekarang makan di kedai tidak dibenarkan kalau pukul 8 pagi sampai 8 malam berapa ramai yang akan order food guna Food Panda sekalipun.

Tambah Noreen, kini para peniaga berhadapan dengan penyakit, masalah pekerja, bil yang perlu dijelaskan setiap bulan.

Namun jelasnya, mungkin ada peniaga yang tidak setuju dengan pelaksanaan PKP penuh namun jika kes harian Covid-19 namun cadangan Sultan Johor itu harus diberi pertimbangan.

“Kami pun tak sanggup sebegini, letih. Sekejap ada PKP sekejap tiada. Sekali jalan terus lebih elok,” katanya.

Fauzi Faizal

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Fauzi Faizal yang menyokong titah Tuanku Sultan Ibrahim berkata, beliau yakin kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran Datuk Ir Hasni Mohammad selaku Menteri Besar dapat memastikan kebajikan rakyat terbela jika PKP penuh dilaksanakan.

Katanya, beliau percaya dengan penurunan kes berikutan pelaksanaan PKP penuh dapat merancakan kembali ekonomi Johor.

“Jadi, Kerajaan kena berani membuat keputusan bagi mengembalikan jaminan kesihatan rakyat dan memulihkan ekonomi negara,”katanya. – Malaysiagazette