Orang ramai bersolat d masjid baharu di Dataran Taksim, Istanbul. foto Agensi

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan merasmikan sebuah masjid di Dataran Taksim, Istanbul – pembinaan yang mencetuskan gelombang tunjuk perasaan pada tahun 2013.

Ribuan orang menghadiri upacara itu menyebabkan setiap ruang masjid dibanjiri jemaah.

Masjid ini menonjol di sebelah ruang awam yang secara tradisional dilihat sebagai simbol republik Turki yang sekular.

Ia juga menjadi monumen kepada republik itu, dan pengasasnya Mustafa Kemal Ataturk.

Masjid Taksim kini merupakan lokasi terkenal dan antara simbol Istanbul.

“Insya Allah, ia akan kekal hingga akhir zaman.”, kata Erdogan selepas menunaikan solat Jumaat di situ.

Erdogan berkata, pembinaan masjid itu adalah kemenangan terhadap para penunjuk perasaan yang telah membantah Dataran Taksim sambil menegaskan “tidak ada yang dapat menghentikan inisiatif ini sekarang”.

Erdogan pertama kali bercakap mengenai pembangunan masjid di Dataran Taksim ketika beliau menjadi Datuk Bandar Istanbul pada tahun 1990-an.

Pembinaan masjid itu dimulakan pada 2013 di Taman Gezi Istanbul, di kawasan Dataran Taksim, mencetuskan gelombang tunjuk perasaan – baik di bandar dan demonstrasi solidariti di seluruh dunia.

“Masjid ini tidak ada ruang solat dan orang-orang ramai boleh bersolat di atas kertas surat khabar di lapangan ini,” katanya kepada jemaah yang membanjiri kawasan tersebut.

Orang ramai mengagumi masjid tersebut – kombinasi reka bentuk Ottaman dengan kontemporari.

Ia boleh memuatkan 4,000 orang.

“Saya bersyukur kerana Allah merealisasikannya,” ujar Erdogan. – MalaysiaGazette