‘Fleximort’ terpaksa disediakan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang bagi menempatkan jenazah pesakit Covid-19.

KUALA LUMPUR – Selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang, tiga lagi hospital menggerakkan inisiatif menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah/mayat pesakit yang meninggal dunia akibat

Terbaharu Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Quern Elizabeth.

Satu ‘fleximort’ khusus untuk jenazah pesakit Covid-19 turut disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rashimah, Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di laman Twitter berkata, bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan kini mula penuh.

Artikel berkaitan:

Keadaan itu menyebabkan keadaan semakin sukar untuk menampung jumlah jenazah susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah atau mayat pesakit Covid-19.

Beliau berkata, setiap kontena boleh menampung maksimum 20 jenazah dan bagi “fleximort” sebanyak 12 jenazah. 
Hari ini sebanyak 98 kematian direkodkan, jumlah korban tertinggi akibat wabak Covid-19 setakat ini.
Artikel berkaitan:

– MalaysiaGazette