Penumpang menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang telah beroperasi sepenuhnya di Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC, kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Penumpang yang menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang dari Wangsa Maju pada waktu puncak pagi semalam (28 Mei 2021) membuat ujian saringan kesihatan jika mempunyai gajaka Covid-19.

Ini kerana terdapat penumpang yang mempunyai gejala Covid-19 yang menggunakan perkhidmatan tren itu

Pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL, Rapid Rail Sdn. Bhd. turut menyarankan pengguna perkhidmatan LRT dari Taman Melati dan KLCC pada waktu puncak pagi pada 27 Mei lalu melakukan ujian saringan.

“Ini berikutan mesej di media sosial oleh dua penumpang, yang menyatakan mereka telah didapati positif Covid-19,” katanya dalam  kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang bernama Claudia Nuriman membuat ‘posting’ dalam akaun Twitter @claudianuriman menyatakan bahawa beliau menaiki tren LRT Wangsa Maju ke Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT ke Stesen Semantan antara jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 pagi pada 28 Mei.

Selain itu, pemilik akaun twitter Nurul Aisyah @asyxxi yang turut memaklumkan beliau diuji positif Covid-19 dan menasihati para penumpang menaiki tren LRT dari Taman Melati ke KLCC pada jam 8 pagi hingga 9 pagi 27 Mei lepas meminta penumpang terbabit segera menjalani ujian saringan.

Menurut Rapid KL, semua trennya disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para penumpang.

Sementara itu, pengandali tren itu menasihatkan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda bergejala untuk mengelakkan menggunakan perkhidmatan tren.

“Rapid KL mengalu-alukan sikap terbuka kedua-dua penumpang berkenaan. Kami menasihati para penumpang untuk sentiasa mematuhi SOP ketika menggunakan perkhidmatan tren khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda (double face mask) untuk menjaga kesihatan masing-masing. Sentiasa berhemah ketika menaiki tren bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 seperti kurangkan bercakap, elakkan bersentuhan walaupun sesama rakan dan anggota keluarga serta jaga penjarakan fizikal anda sendiri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast