Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2021.

GOMBAK – Pemeriksaan teliti ke atas pemandu merupakan punca  kesesakan sepanjang dua kilometer di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur hari ini.

Dua individu ditahan dan diarah patah balik kerana cuba merentas negeri dengan menggunakan alasan akad nikah, namun gagal mengemukan dokumen berkaitan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa sekatan jalan raya (SJR) di Tol Gombak menghala ke Bentong, Pahang sesak sehingga dua kilometer.

“Pasukan saya ada buat pemeriksaan di sini sejak pagi lagi, memang betul kita dapat lihat SJR sesak dengan jumlah kenderaan agak panjang.

“Ini kerana pasukan polis di SJR yang disokong anggota tentera melakukan pemeriksaan secara teliti, pemeriksaan dokumen rentas negeri satu persatu setiap pemandu dengan mengambil masa lebih menyebabkan benar belaku kesesakan akibatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Arifai, hasil pemantauan polis lebih empat jam lalu mendapati hampir 95 peratus pemandu yang mahu merentasi tol berkenaan mempunyai dokumen rentas negeri, sama ada dikeluarkan majikan atau pihak berkuasa.

Tambah Arifai, sepanjang pemeriksaa, hanya 14 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana pemandunya memberi alasan yang tidak memuaskan selaintidak mempunyai surat sokongan walaupun ada surat kebenaran dari majikan untuk merentas negeri.

“Malah alasan yang diberikan mereka juga agak meragukan dengan kebenaran rentas negeri yang dimilikinya.

“Kita juga ada dua kes yang cuba merentasi negeri untuk tujuan Pasangan Jarak Jauh (PJJ) yang mana ada dua orang memberi alasan mahu adakan majlis akad nikah tetapi tidak disokong dokumen penting seperti tarikh pernikahan dan sebagainya menyebabkan mereka sudah diarah berpatah balik untuk dapatkan semula dokumen berkaitan.

“Kompaun tak dikelarkan sebab mereka berasal dari Selangor dan daerah yang sama dan tiada kesalahan dilakukan, walaupun mereka dilepaskan di sini, mereka akan ditahan lagi di Tol Bentong untuk pemeriksaan seterusnya dan mungkin akan dikompaun di sana,” -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast