Gambar hiasan.

KUANTAN – Dua lelaki warganegara Myanmar ditahan kerana didakwa memukul seorang anggota polis dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu didakwa berlaku susulan anggota itu menegur mereka kerana membuat bising.

“Anggota itu menegur suspek yang berusia 26 tahun dan 30 tahun yang dipercayai mabuk ketika itu selepas menerima aduan penduduk mereka memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.

“Mereka tidak berpuas hati dan bertindak memukul anggota terbabit, menyebabkan anggota cedera pada kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Sebelum itu, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menerusi laman Facebooknya memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau menziarahi anggota itu yang bernama Koperal Nik Mohd Farid Nik Pa di Hospital Raub pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here