Gambar Hiasan

RIYADH – Tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi memusnahkan sebuah dron membawa bom yang disasarkan ke negara itu oleh kumpulan Houthi.

Menurut kenyataan yang dipetik agensi berita, SPA menyatakan kumpulan Houthi di Yemen yang disokong Iran telah melancarkan dron ke bahagian selatan Arab Saudi.

Bagaimanapun ia tidak menyakan di mana dron tersebut ditembak jatuh.

Kenyataan tersebut menuduh kumpulan Houthi terus menyasarkan orang awam dan berkata, tentera gabungan itu telah mengambil langkah wajar untuk melindungi mereka.

Pada Isnin lalu, tentera gabung itu berkata, ia telah menggagalkan serangan bot jerangkap samar kumpulan Houthi di Laut Merah.

Tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi itu menyokong kerajaan Yeman yang sah dan menentang kumpulan Houthi sejak 2015. – MalaysiaGazette