Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Jika semalam kes positif Covid-19 mencatat sebanyak  9,020 kes, jumlah itu menurun lebih 3,000 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah hari ini direkodkan dengan 2,477 kes berlaku di Selangor.

Selain Selangor,  Sabah pula mencatakan sebanyak 190 kes, Kuala Lumpur (616); Johor (433); Sarawak (513); Pulau Pinang (248); Kelantan (612) dan Negeri Sembilan (468).

Bagi Perak pula (212); Kedah (422); Melaka (202); Pahang (239); Terengganu (214); Labuan (133); Putrajaya (13) dan Perlis (7).

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.

Daripada 6,999 kes baharu hari ini, katanya, sebanyak 6,385 kes melibatkan warganegara dan 610 bukan warganegara.

Sejumlah 846 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 419 kes lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Sejumlah 79 kes kematian direkodkan hari ini melibatkan 78 kes warganegara dan seorang bukan warganegara,” ujar Dr. Noor Hisham.

Sebanyak 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan 13 di Negeri Sembilan manakala Kedah (13); Johor (12); Pulau Pinang (5) dan masing-masing empat kes di Terengganu dan Melaka.

Selain itu, tiga kes kematian di Kuala Lumpur dan Sarawak, dua di Sabah dan dan masing-masing satu kes di Labuan, Perak dan Pahang.

Dalam pada itu, sejumlah 5,121 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif sehingga hari ini adalah 484,787 kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL TERDAHULU:

Covid-19 catat 6,999 kes positif hari ini

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast