The registration for the second round of AstraZeneca vaccine will be opened at 12.00 pm this Sunday. PIX: MalaysiaGazette
- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdukacita melihat peratusan pendaftaran vaksin di Kelantan  antara yang paling rendah iaitu sebanyak 33 peratus sehingga semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berdukacita melihat peratusan pendaftaran vaksin di Kelantan  antara yang paling rendah iaitu sebanyak 33 peratus sehingga semalam.

Setiausaha Sulit Kanan Sultan Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, baginda mahu semua wakil rakyat di negeri ini membantu orang ramai mendaftar vaksin dan mereka yang mengalami kesukaran hadir menerima vaksin pada tarikh ditentukan.

Katanya, Sultan Muhammad V juga meminta mereka yang tiada urusan penting di Kelantan supaya tidak pulang ke negeri itu bagi mengurangkan jangkitan kepada orang lain terutama warga tua dan mereka yang berisiko tinggi.

“Baginda memuji rakyat Kelantan yang sudah mendaftar untuk divaksinasi, tetapi sedih kerana masih ramai yang gagal berbuat demikian.

“Baginda mahu semua rakyat Kelantan di dalam dan luar negeri ini mengambil serius peningkatan jangkitan Covid-19 di Kelantan dan memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Mohd Shafriman berkata, Sultan Kelantan juga meminta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), tidak cuba melarikan diri atau enggan dikuarantin dan tidak merentas negeri bagi membolehkan pandemik dibendung secepat mungkin.

“Baginda turut berterima kasih kepada barisan hadapan terutama kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk masyarakat dan berdoa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan mulia ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast