Kante telah mengunjungi restoran yang menjual juadah Malaysia di London.

LONDON – Bintang Chelsea, N’Golo Kante telah mengunjungi restoran yang menjual juadah Malaysia di London untuk menikmati nasi lemak sebelum menyertai skuad The Blues ke Porto bagi berdepan perlawanan akhir Liga Juara-Juara pagi semalam.

“N Kante menikmati Nasi Lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang untuk perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya @nglkante,” ujar tukdinflavorsofmalaysia pada akaun twitter mereka.

Seorang individu lain dengan nama akaun @alcatraz7 dipercayai pengunjung restoran tersebut turut berkongsi gambar kenangan bersama Kante.

“Dia punya tonik rahsia sebelum main final UCL pekena nasi lemak ayam masak merah dulu. 😅Selalu order makan tu ja dekat restoran Tuk Din Flavour of Malaysia London…

“N’Golo Kante… Antara the best midfielder player in the world… low profile ja orang dia… relaks ja drive mini cooper

Good luck brother for the Final UCL this weekend… Pulun Chelsea Pulun…,” tulisnya.

Sementara itu, Kante membantu Chelsea menewaskan Manchester City pada final Liga Juara-Juara Eropah tanpa menghiraukan pujian agar dia dicalonkannya bagi anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Skuad kendalian Thomas Tuchel muncul juara Eropah di Porto selepas jaringan Kai Havertz menundukkan anak buah Pep Guardiola di Estadio do Dragao.

Bagaimanapun persembahan Kante di bahagian tengah Chelsea cukup luar biasa dan dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM).

Pemain Perancis itu antara tonggak utama Chelsea musim ini dan dia dikatakan sebagai pesaing utama untuk Ballon d’Or akhir tahun ini.

Sebelum ini Kante juga mendapat MOTM ketika bertemu Real Madrid untuk dua peringkat di Madrid dan di London dalam separuh akhir UCL
Dia yang beragama Islam selayaknya memenangi Ballon D’or atas pencapaian cemerlang yang diraih pada musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast