Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menurunkan segera harga saringan RT-PCR dan RTK-Ag supaya ujian calitan itu dapat dilaksanakan dalam komuniti pada skala radikal.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ujian saringan ini merupakan salah satu pendekatan terpenting bagi mengelakkan senario terburuk penularan Covid-19 selain melaksanakan vaksinasi.

Menurut beliau, harga saringan yang terlalu tinggi membantutkan pengawalan wabak ini.

Sedangkan, katanya, perbatasan harga ujian ini akan menjadikan saringan mudah, murah dan sesuai dengan kemampuan.

”Ini adalah cara paling mudah untuk mengesan kes positif dan mengawal penularan. Dengan saringan, kita boleh menggalakkan lebih banyak isolasi kediri di rumah dan mendapat rawatan awal jika perlu,” katanya sambil mengingatkan janganlah ada pihak yang mengaut keuntungan dari musibah yang tragis ini.

Mohamad menambah, di kebanyakan negara barat, kit ujian saringan disediakan dengan banyak dan murah serta boleh dilakukan secara kendiri.

Malah dengan kemajuan teknologi, ketepatan ujian RTK Ag telah meningkat dengan sangat baik.

Oleh itu, kerajaan boleh mengemblengkan kepakaran pemain perniagaan terbaik Malaysia untuk meghasilkan RTK Ag kit pada harga paling murah untuk keperluan umum.

Lagipun inilah masanya kita menggunakan sumber pelbagai sektor lain untuk memerangi wabak ini.

Malaysia mesti menjadikan ujian saringan sebagai suatu kebiasaan baharu seperti di negara Jerman, kebanyakan keluarga melakukan testing kendiri sebanyak dua kali seminggu.

Apabila ujian saringan menjadi kebiasaan, sekolah dan universiti boleh secara perlahan dibuka kerana semua pelajar boleh melakukan ujian kendiri setiap hari Ahad atau Isnin sebelum memulakan persekolahan.

Pendemik ini adalah peperangan yang mesti dimenangi oleh semua.

Bagaimanapun, mengabaikan ujian saringan tidak akan membantu mengurangkan kebolehjangkitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast