Carlo Ancelotti. Foto Premier League.

MADRID – Teka-teki siapa pengurus baharu Real Madrid selepas pengunduran diri Zinedine Zidane akhirnya terjawab selepas kelab itu mengumumkan kepulangan semula bekas pengurus mereka, Carlo Ancelotti.

Semalam, Everton juga menerima surat minta dilepaskan oleh Ancelotti yang mahu bergabung semula dengan Real dan mengumumkan secara rasmi pengurus itu sudah melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

“Saya memutuskan untuk meninggalkan kelan ini kerana saya ada cabaran bahar dengan pasukan yang sentiasa ada dalam hati saya, Real Madrid,” katanya.

Ancelotti pernah membimbing Real Madrid pada 2013 sehingga 2015 sebelum dipecat.

Dia memenangi 4 trofi bersama Real Madrid termasuk Liga Juara Juara Eropah.

Selepas meninggalkan Real Madrid, protege Ancelotti, Zinedine Zidane mengambil alih dan memberikan beberapa siri kejuaraan besar termasuk empat Liga Juara-Juara dan kejuaraan La Liga.

Real dilaporkan telah bersepakat dengan Ancelotti untuk kontrak sehingga 2024. – MalaysiaGazette