Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemain muda Indonesia yang dipinjamkan ke kelab bola sepak Australia, Newcastle Jets, Syahrian Abimanyu akan kembali membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

JDT dalam satu kenyataan dalam Facebook rasmi, Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan pemain berusia 22 tahun itu akan menamatkan pinjaman singkatnya.

“Pemain muda kelahiran Indonesia, Syahrian Abimanyu akan kembali ke Kelab Bola Sepak JDT untuk baki musim 2021 selepas tamat tempoh pinjaman singkat bersama kelab Liga Australia (Liga-A), Newcastle Jets,” katanya Pengarah Sukan JDT, Martin Prest.

Pada Disember lalu, Syahrian menandatangani kontrak sebagai perancangan jangka masa panjang skuad Harimau Selatan, namun bekas pemain tengah Madura United itu tidak sempat menyarung jersi JDT apabila dipinjamkan ke kelab Liga-A tersebut tidak lama selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast