KUALA LUMPUR – “Nak balik (rumah) tutuplah pintu,” seloroh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Itu respon ringkas Menteri Kanan (Pertahanan) menjawab soalan berhubung hantaran di Facebooknya semalam yang menunjukkan aksinya menutup pintu pejabat.
“Perkara ini sedang pun diuruskan oleh MITI. (Adalah) wajar media tanya MITI. Saya sukar nak jawab, biar MITI jawab,” katanya pada sidang media pelancaran Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Persoalan timbul apabila syarikat media berdepan dengan arahan bertindih antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan MITI dalam mengeluarkan surat kebenaran kepada pasukan wartawan menjalankan tugas sepanjang PKP Penuh ini.
Ketika mengumumkan pelaksanaan PKP penuh pada Sabtu lalu, Ismail Sabri menyatakan, media termasuk dalam kategori perkhidmatan perlu dan hanya mendapatkan surat kebenaran dari KKMM selain majikan masing-masing.
Bagaimanapun, MITI dalam kenyataannya turut menjelaskan, kumpulan media perlu membuat permohonan kepada kementerian itu untuk melepasi Sekatan Jalan Raya ketika bertugas.
Pertindihan arahan itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan media dan memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan mereka bertugas. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: