KUALA LUMPUR – Hantaran Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial hari ini menimbulkan  pelbagai tanda tanya.

Tulis Ismail Sabri dalam laman sosial Facebook disertakan sekali gambar, ‘ Saya dah tutup pintu depan tapi…. dengan ikon menangis’.

Tulisan itu mendapat reaksi pelbagai pihak apakah sebenarnya cuba disampaikan oleh Menteri Kanan itu yang ternyata begitu ‘sedih’.

Seorang netizen bernama Asnirul Fitri Tukiman sempat memberikan kata-kata semangat supaya Ismail Sabri supaya tidak sesekali berputus asa.

“Takpe Datuk Seri usaha lagi untuk bersuara.Jika Datuk lakukan dengan betul, Insya Allah rakyat juga turut bersama. Datuk harus teruskan juga bersuara agar menteri lain dengar masalah yang berlaku,” katanya.

Seorang lagi menulis dengan nama ‘Kak Long Linda’ pula meminta selaraskan arahan saman manakala Annie Lim pula mengucapkan terima kasih kepadanya.

Setakat beberapa minit sahaja, tulisan Ismail itu mendapat ‘like’ lebih 14,000 orang dengan hampir 1,000 komen positif dan negatif.

Lewat malam tadi, Ismail Sabri sempat memuat naik sebuah video berdurasi 39 saat meninjau keadaan bandar raya Kuala Lumpur semalam menerusi laman Facebook miliknya.

Beliau juga sempat singgah melawat petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dengan memakai kain pelikat dan memandu sendiri.

“Saya sungguh terharu, sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kota raya malam tadi malah, saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama untuk terus kekal di rumah,” tulisnya.

Coretan tersebut mendapat ribuan perkongsian dalam laman Facebook dan rata-rata pelayar turut meninggalkan komen positif serta memberi semangat kepada beliau yang sudah sedaya upaya menjaga kepentingan rakyat. -MalaysiaGazette