Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengambil tindakan segera berhubung kegagalan tadbir urus aset Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagaimana didedahkan bekas pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah berkata, pihaknya memandang serius dengan pendedahan itu dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan agresif termasuk perundangan.

Beliau berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya Wira Putra mendapati pihak berwajib gagal menjalankan siasatan dengan telus.

“Kita mahu pihak yang terlibat, tidak kira menteri atau pegawai tertinggi dalam pengurusan itu dikenakan tindakan hukuman setimpal.

“Isu ini menyentuh sentimen warisan tanah, pemegang taruh termasuk penoreh getah yang tidak boleh diambil mudah dan sepatutnya ditadbir urus dengan serius bagi kepentingan LGM.

“Kita berikrar akan terus bersuara berkenaan isu tanah LGM ini dan tidak akan sesekali membiarkannya didiamkan begitu sahaja tanpa siasatan penuh,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah
Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Beberapa hari lalu, tular di media sosial yang membangkitkan isu penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran malah Ahmad Nazlan telah diminta penjelasan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut menyatakan kesediaannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu LGM Properties Corporation (LGMPC).

Ahmad Nazlan tampil memberi penjelasan itu kerana namanya telah dikaitkan sebagai Pengerusi LGM dalam isu LGMPC.

Menurut Syed Mohd Shahriman, Wira Putra kesal dan kecewa dengan ketirisan yang berlaku dalam LGM serta berjanji akan memperjuangkan supaya kebenaran ditegakkan dan tanah itu kembali ditadbir urus dengan baik.

Kata beliau, hasil diperolehi LGM selepas 25 tahun diurus dengan baik melebihi RM1 bilion, berbanding dengan hasil sewaan RM42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast