Minister of Higher Education, Datuk Dr Noraini Ahmad. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 03 JUNE 2021. resigns UMNO
Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Bagi membantu Kementerian Kesihatan mengangani penularan Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengorak langkah memperkenalkan 19 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, PPV itu hasil kerja pasukan khas yang ditubuhkan pihaknya bagi mengenal pasti universiti awam yang berpotensi dijadikan PPV Covid-19.

“Pasukan Khas ini telah mengenal pasti 19 buah PPV IPT yang berkemampuan untuk memberi 14,400 vaksin sehari atau 432,000 vaksin sebulan,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Kedua-duanya hadir bagi mengumumkan penubuhan PPV IPT Mobile dan Drive-Thru di HPU kelolaan KPT selain pengambil alihan sementara Hospital Pengajar Universiti (HPU) menjadi hospital Covid-19.

Jelas Noraini, kesemua 19 PPV itu dipecahkan kepada lima jenis bergantung kepada kemampuan PPV itu untuk melakukan vaksinasi harian.

Antaranya enam buah univerisiti dikategorikan jenis 1 iaitu 200 vaksin sehari bagi setiap PPV, empat buah univerisitu jenis dua dengan 400 vaksin sehari, sebuah PPV di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) jenis 3 yang berkapasiti 6oo dos vaksin sehari.

Selain itu enam buah PPV IPT jenis 5 berkapatisi 1,000 dos dan sebuah PPV IPT mega di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terbahagi kepda dua dengan kapasiti 5,000 dos vaksin sehari.

Dalam pada itu, sejumlah 29,397 petugas barisan hadapan telah divaksin di enam buah Hospital Penagajar Universiti (HPU) di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.

“Bagi fasa kedua, empat buah HPU iaitu PPUM, HCTM, UKM, HUSM dan HUiTM terlibat sebagai Special PPV (SPPV) iaitu pemberian vaksin kepada pesakit HPU masing-masing yang termasuk di bawah kategori fasa kedua iaitu warga emas dan golongan berisiko tinggi bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021.

“Sehingga 30 Mei 2021, seramai 3,693 orang pesakit telah menerima dos vaksin pertama mereka di empat buah HPU ini, manakala seramai 704 orang pesakit telah menerima dos vaksin kedua,” demikian menurut Noraini.

Selain itu, PPV IPT juga turut terlibat dengan pemberian vaksin Astrazeneca kepada kumpulan terpilih iaitu seramai 29,318 di Universiti Malaya (UM), dan 27,137 penerima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 30 Mei lalu.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM450 juta dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Peruntukan itu bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan Covid-19 yang turut merangkumi HPU di bawah UiTM, UPM dan UKM. – MalaysiaGazette