Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.Foto AFFAN FAUZI, 04 JUN 2021.

SHAH ALAM – “Tak adil kalau ada orang buat laporan kita tak siasat, disebabkan wartawan kita tak siasat, tidak rakam keterangan,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Sebaliknya sesiapa sahaja akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuk wartawan apabila ada laporan polis ke atasnya, ujarnya.

“Tak kiralah wartawan, bukan saya salahkan wartawan saja, siapa juga bila ada laporan berkenaan sesuatu kenyataan dan sebagainya.

“Bila kita kena siasat, kalau kita tak panggil dia, tak rakam keterangan, maknanya kita tak siasat dengan adil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, polis memanggil dua wartawan Malaysiakini bagi memberi keterangan berhubung tiga laporan yang memetik kenyataan keluarga A. Ganapathy, peguam dan MIC.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, semua pihak termasuk wartawan tertakluk kepada peruntukan undang-undang bagi menjamin keadilan kepada semua pihak.

“Siasatan ke atas wartawan, bila ada laporan dibuat, maknanya ada pihak tidak berpuas hati, tanggungjawab kita siasat.

“Kalau wartawan buat laporan, tanggungjawab kita untuk siasat

“Bila kita siasat, adakah kita tak boleh rakam keterangan, tujuan kita rakam keterangan adalah untuk siasatan, untuk kita jelaskan perkara-perkara berkaitan dengan apa yang diperkatakan,” katanya.

Menurutnya, jika wujud kesalahan setelah siasatan dijalankan, pihak polis bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tanpa mengira siapa pun.

” Kita semua di bawah undang-undang, siapa juga kalau ada kesalahan, ada cukup keterangan, tindakan kita ambil untuk tuduh di mahkamah.

“Kemudian mahkamah akan menjalankan pengadilan, sama ada wujud kesalahan ataupun tidak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast