Pengasas Bombola, Nordiyana Mat Noh.

KUALA LUMPUR – Bombola Global Sdn Bhd, syarikat pengeluar semburan muka (face mist) jenama Bombola menyasarkan jualan produknya mampu mencecah 20,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengasas Bombola, Nordiyana Mat Noh berkata, keyakinan itu berdasarkan fokus syarikat ke atas jualan atas talian selain merancang menambah jumlah stokis, ejen dan dropship dalam masa terdekat ini.

Beliau menambah, tarikan utama Bombola juga adalah keunikannya sebagai produk semburan muka yang pertama di pasaran negara ini yang dapat membantu membunuh kuman di bawah jenama tempatan.

Jelas beliau ketika ini, produk yang sama hanya dimonopoli oleh jenama dari luar negara di mana pembeli tiada pilihan untuk mendapatkannya.

“Kami amat mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti dengan menawarkan harga mampu milik, mudah dibawa dan selamat digunakan.

“Namun kami perlu akui berdepan cabaran sebagai jenama baharu di mana masih ramai  masyarakat tidak mengenali Bombola.

“Sebagai pemain baharu dalam industri, saya telah mengambil inisiatif menghadiri banyak menghadiri kelas-kelas yang dikelolakan mentor usahawan berjaya untuk membina jenama sesebuah produk.

“Justeru mengambil kira suasana pandemik dan masyarakat yang duduk di rumah, kami akan memberi fokus kepada jualan online dan saya perlu percaya dengan rezeki jika kita rajin berusaha,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bombola adalah produk semburan muka yang pertama di pasaran negara ini yang dapat membantu membunuh kuman di bawah jenama tempatan

Bombola mula berada di pasaran pada Mac lalu dengan harga RM28 sebotol. Ketika ini, syarikat memiliki 15 ejen dengan pakej stokis ditawarkan serendah RM1,800.

Produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, kulit kering, kulit berjerawat dan kulit berminyak hasil keberkesanan ramai testimonial sebelum ini.

Nordiyana menambah, dalam usaha mencari kelainan produk baharu dalam pasaran, Bombola perlu tampil dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada pengguna.

Jelas beliau, selain melembapkan dan menyegarkan kulit muka, produknya turut dapat membantu menenangkan kulit daripada kegatalan dan kerengsaan serta penyakit enzema.

Apa yang penting katanya, Bombola dapat melawan dan membunuh kuman 99.9 peratus kuman yang sesuai ketika masyarakat berdepan virus Covid-19 selain antioxidan dan mengawal Ph kulit.

“Dengan kelebihan yang ada, syarikat merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.

“Kami mahu membuktikan jenama tempatan mampu menjadi pilihan masyarakat luar negara sebagai produk penjagaan diri untuk dalaman dan juga luaran.

“Apa yang penting, Bombola Facial Mist perlu dimiliki di setiap rumah sebab ia sangat sesuai digunakan pelbagai lapisan individu kecuali bayi,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut Bombola boleh melayari laman sosial Facebook: Bombola.official dan Instagram: @bombola.co. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast