Keadaan di lokasi pesawat Ukraine terhempas d Tehran yang mengorbankan 176 orang penumpang pada 8 Januari 2020. foto Agensi

TEHRAN – Iran bersedia membayar pampasan sebanyaj AS$150,000 dolar kepada keluarga penumpang pesawat Ukraine yang terbunuh selepas dibedil berhampiran Teheran.

Keputusan itu dibuat oleh Kerajaan Iran selepas pusingan ketika perbincangan mengenai kemalangan tersebut.

Iran turut meminta Ukraine memaklumkan maklumat ini kepada keluarga atau waris penumpang berkenaan.

“Perwakilan Iran mengumumkan kesediaannya untuk membayar pampasan kepada keluarga Ukraine yang terkorban dalam tragedi itu sebanyak AS$150,000 kepada setiap mangsa,” kata kenyataan yang disiarkan oleh Kedutaan Iran di laman Facebooknya.

Selama rundingan, pelbagai pihak juga membincangkan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan proses jenayah dan masalah teknikal, termasuk keselamatan penerbangan dan pesawat serta laporan akhir Iran mengenai tragedi tersebut.

Perbincangan mengenai pesawat Ukraine International Airlines berlangsung di Kiev pada 2 dan 3 Jun lalu.

Pada 17 Mac tahun ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Iran menerbitkan laporan terakhirnya mengenai nahas pesawat penumpang Ukraine berhampiran Tehran, yang mengenal pasti “kesalahan” oleh pengendali pertahanan udara sebagai penyebab kejadian.

Namun, Menteri Luar Negeri Ukraine Dmytro Kuleba mengkritik laporan Iran itu, menyebutnya sebagai “cubaan sinis” untuk menyembunyikan sebab sebenar jatuh pesawat itu.

Pesawat Ukraine, Boeing 737-800, dibedil pada 8 Januari 2020 oleh dua peluru berpandu oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran sejurus ia berlepas dari Teheran.

Kesemua 176 orang penumpang terbunuh. – MalaysiaGazette