Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard Covid-19 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej pada laman media sosial yang mengaitkan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani dengan penghasut antivaksin.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN, PDRM Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, mesej tersebut adalah palsu.

“Polis Diraja Malaysia telah mengesan sebaran mesej bertajuk ‘Sila Laporkan Penghasut Antivaksin’ di media sosial yang didakwa daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Panglima Acryl Sani Abdullah Sani”.

“Mesej itu mendakwa kononnya Acryl Sani meminta kerjasama masyarakat melaporkan “Penghasut Antivaksin” melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

“PDRM mengesahkan bahawa mesej berkenaan adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Skandaguru, portal e-reporting yang dinyatakan dalam mesej berkenaan adalah perkhidmatan projek rintis PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara online bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama orang agar tidak menyebarkan mesej palsu berkenaan dan berharap agar mereka tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan itu.

“Jika timbul sebarang keraguan, pertanyaan boleh disalurkan kepada PDRM, melalui Facebook rasmi PDRM di pautan https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi PDRM,” kata Skandaguru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast