Ahli Pemuda Malaysia berarak menaiki kenderaan sambil membawa bendera Palestin menuju hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2021.

BAGAIMANA reaksi negara-negara Arab yang telah menormalisasikan hubungan dengan
Israel terhadap tragedi yang berlaku di Palestin? Wartawan akhbar di Timur Tengah, Martin Chulov mengatakan bahawa penolakan negara-negara normalisasi seperti Bahrain, UAE, Maghribi dan Sudan mengecam apa yang berlaku di wilayah-wilayah Palestin yang dijajah membuatnya berhadapan dengan konflik daripada rakyat mereka sendiri.

Laporan itu menyatakan bahawa sewaktu Israel dan Hamas mendekati perang habis-
habisan, perang naratif turut meletus antara negara-negara Arab. Untuk pertama kalinya
dalam banyak pertembungan antara kedua-dua musuh itu, rantau Arab berbelah bahagi
mengenai siapa yang harus dipersalahkan dan apa yang harus dilakukan untuk menghentikan pertempuran yang terjadi.

Sementara negara-negara umat Islam lain seperti Iran, Turki menuduh Israel mencipta
keganasan di Masjid al-Aqsa hingga mencetuskan peperangan di Gaza. Manakala negara-
negara lain yang mengecam Israel pada masa lalu mengambil sikap membisu. Tindakan relatif yang dipimpin oleh negara-negara yang menandatangani perjanjian normalisasi di bawah naungan Donald Trump dan yang menjadi pembawa Perjanjian Abraham hari ini terus menyepikan diri.

UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi mendapati mereka berada dalam posisi yang dipaksa
untuk menyeimbangkan hubungan baru dengan Israel. Akan tetapi, warganegara mereka
sendiri dengan jelas menyatakan kecaman terhadap keganasan yang Israel lakukan.
Dalam pada itu, situasi di rantau ini meramalkan bahawa tindak balas campur tangan
terhadap perang menempatkan kekuatan wilayah dalam situasi yang membimbangkan
rakyatnya.

Teganya mereka terus membisu!

Ketua Biro Persefahaman Arab-Britain, Chris Doyle mengatakan: "Sangat mengejutkan dalam situasi yang tidak menguntungkan ini terutama UAE, mereka
tidak menzahirkan sepatah pun kata kritik tentang apa yang sedang terjadi di Israel dan
wilayah Palestin yang dijajah”.

Pesanan yang dikirim daripada kepimpinan UAE bahawa kita tidak akan berganjak daripada pakatan yang ada dengan Israel, yang mereka anggap sebagai penting dalam rancangan masa depan, termasuk menghadapi Iran, Turki dan kelompok Ikhwanul Muslimin.”

Beliau berkata, ada ruang untuk mengeluarkan pernyataan yang menyokong hak-hak
Palestin tanpa sokongan Hamas tetapi mereka tidak melakukannya. Sebuah tanda pagar (#) ‘فلسطين ليست قضيتي’ (Palestin bukan tujuan saya) yang nampaknya disokong beberapa negara normalisasi, berlegar pada hujung minggu lalu di UAE, Bahrain dan Kuwait.

Namun, ia tidak mempengaruhi dukungan yang meluas rakyat terhadap Palestin di akaun Twitter dan mengecam adegan keganasan di Gaza, Baitulmaqdis Timur oleh Israel. "Kerajaan-kerajaan negara tersebut (yang telah membuat normalisasi) ini bertentangan dengan pendapat rakyat mereka,” kata Penyelidik daripada Carnegie Middle East Center, Muhannad Haji Ali.

Menurutnya lagi, mereka berusaha untuk mengikuti posisi dalam dasar luar negeri yang
tidak mereka guna pada masa lalu, yang sama dengan penjajahan Israel dan dasar Israel di wilayah tersebut. “Ini juga tentunya tidak akan memberi kesan kepada Israel, melainkan pada sekutu Arab barunya yang akan merosakkan kedudukannya.”

Dalam pada itu, Media Doyle berkata, rejim Israel tetap merasakan tekanan terhadap seruan dan kritikan masyarakat Arab walaupun dalam kalangan rakyat negara yang telah
menjalinkan normalisasi. Akhbar itu turut memberitahu bahawa tindak balas media terhadap konflik hampir tidak disiarkan di akhbar UAE, Bahrain dan Arab Saudi!

Sebelumnya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengunjungi Putera Mahkota
Saudi, Mohammed bin Salman di Neom pada awal tahun ini, dan sejak itu hubungan antara kedua-dua negara semakin akrab daripada yang dibayangkan. Bahkan tanpa langkah yang kuat menuju normalisasi, kerajaan mengguna pakai posisi menyeru solusi dua negara berdasarkan inisiatif Liga Arab, yang merupakan inisiatif Arab Saudi untuk memulakan dan langsung tidak menggunakan bahasa penentangan seperti keadaan di negara-negara kecil di wilayah tersebut.

Boleh jadi terdapat perbezaan antara kedudukan Raja Salman dan putera mahkotanya!
Kedudukan antarabangsa Semua organisasi dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi manusia lain hampir sebulat suara mengutuk provokasi Israel dan menuntut agar berhenti mengganggu para jemaah di Masjid al-Aqsa atau demonstrasi damai di Sheikh Jarrah.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia menuntut agar Israel segera
menghentikan semua pemindahan keluarga di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis
Timur. Jurucakap Suruhanjaya, Robert Colville mengatakan bahawa perintah evakuasi
(pemindahan) jika dikeluarkan dan dilaksanakan, akan melanggar kewajipan Israel
berdasarkan undang-undang antarabangsa dan boleh dianggap sebagai kejahatan yang
perlu ditentang.

Beliau juga turut meminta Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore untuk melindungi
kanak-kanak dan tidak menjadi sasaran Israel. Dalam pada itu, Perwakilan PBB untuk Perikatan Peradaban, Miguel Angel Moratinos menyatakan rasa tidak puas hati dan keprihatinannya terhadap konflik ganas yang berlaku baru-baru ini di Masjid al-Aqsa, masjid suci umat Islam.

Beliau turut meminta agar menghormati kesucian tempat keagamaan dan hak para jemaah untuk melaksanakan upacara tradisi keagamaan mereka dengan aman serta selamat tanpa rasa takut atau ugutan.

Dalam satu kenyataan, United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) merayu agar
Israel menghentikan pembunuhan terhadap kanak-kanak di Palestin. Sementara itu, pakar-pakar hak asasi manusia menyatakan keprihatinan besar atas tindakan agresif Israel terhadap protes di Jerusalem, dan meminta Israel agar segera mengakhiri ancamannya untuk mengusir ratusan keluarga Palestin daripada kediaman mereka yang dilindungi secara sah.

Pernyataan itu ditandatangani oleh Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di
wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Michael Link dan pelapor khas mengenai
perumahan, Balakrishnan Rajagopal. Dalam kenyataan mereka, pakar-pakar mengatakan: “Memulihkan ketenangan di Baitulmaqdis adalah penting tetapi mewujudkan syarat untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan di kota itu lebih utama."

The Jerusalem Caravan

Dalam pada itu, apa yang uniknya di Istanbul, beberapa organisasi masyarakat Turki
mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan dengan kereta bertemakan The Jerusalem
Caravan bagi mengecam pencerobohan Israel baru-baru ini di wilayah Palestin. Saksikan di (https://fb.com/watch/arabpostonline/).

Para penunjuk perasaan membawa bendera Turki dan Palestin ketika mereka melalui
bandar, mengutuk kejahatan penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin, di tengah-tengah
interaksi dan sokongan orang ramai yang melalui jalan konvoi itu.

Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast