Harani Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Harani Kamarudin, bekas perunding unit amanah yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 November 2020 dan dia pernah berkhidmat dengan  EastspringcInvestments Berhad sebagai perunding unit amanah.

SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast