Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Satu perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu akan diadakan di Istana Negara pada 16 Jun ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berhasrat menganjurkan sesi perbincangan tersebut.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Perbincangan khas itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019, katanya

Kali pertama perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dianjurkan adalah pada 25 Oktober tahun lalu di Istana Negara.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pemimpin utama parti politik menghadap Agong di Istana Negara.

Ia disusuli kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast