Foto Instagram Ummi Nazeera.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ummi Nazeera menayangkan wajah anaknya selepas tujuh hari melahirkan anak keduanya itu.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Ummi turut mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Aysha Arsylia.

“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW. Arsylia pula yang bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia & sempurna.

“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara,” kongsinya.

Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi perempuan dengan berat 3.2 kilogram (kg) secara normal pada Jun lalu.

Pada masa sama, Ummi turut menyatakan pengalaman ketika peringkat awal dia mengandungkan anak keduanya.

“Risau mummy masa empat minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding.

“Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar,” ujarnya.

Terdahulu, Ummi yang mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan anak sulung mereka, Ayra pada 22 Ogos 2018 yang kini berusia dua tahun 10 bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast