Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini yang mana majoritinya adalah kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu sebanyak 2,422 kluster dilaporkan dalam negara yang mana 1,677 kluster telah ditamatkan manakala 745 kluster masih aktif.

“Daripada 22 kluster baharu itu, 18 adalah kluster tempat kerja manakala selebihnya tiga kluster komuniti dan satu kluster keagamaan dikesan.

“Selangor melaporkan tujuh kluster, diikuti enam kluster di Johor, tiga kluster di Pulau Pinang, masing-masing dua kluster di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak dan akhirnya masing-masing satu kluster di Kedah, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kesemua 18 kluster kerja yang dikesan adalah Industri Kampung Jaya, Jalan Dua Olak Lempit, Jalan Perindustrian Balakong Jaya Dua, Jalan Tiga Salak Tinggi, Jalan Tanjung Klang, Tapak Bina Alam Perdana, Jalan SS Lapan Empat di Selangor, WPKL dan Putrajaya.

Kluster kerja Ploteknologi, Jalan Besar Batu Enam, Jalan Bukit Satu Zink, Jalan Bandar Pasir Gudang, Jalan Sewri Austin, dan Jalan Lee Bah Chai dikesan di Muar, Tangkak dan Johor Bahru, Johor.

Kluster kerja Jalan Perusahaan Maju Empat, Lebuh Sungai Tiram Satu dan Jalan Besar Prai dikesan di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan dan Barat Daya serta Timur Laut, Pulau Pinang; Tapak Bina Jalan Kolam Air dan Jalan SS Lapan Empat di WPKL; Dan Pekan Baru di Kuala Muda Kedah.

Kluster Komuniti Bali Pie dan Jalan Samarakan dilaporkan di Sarawak dan Kampung Lakai, Negeri Sembilan dan Kluster Keagamaan Kampung Lobou di Kota Kinabalu Sabah.-MalaysiaGazette