Ivermectin

AGAK kecoh dan menjadi isu besar dikalangan pengamal perubatan, NGO dan sesetengah pihak mendesak KKM menggunakan Ivermectin dalam keadaan ‘terdesak’ bila semakin ramai pesakit meninggal dunia akibat Covid19. Satu laporan polis dibuat keatas Ketua Pengarah Kesihatan M’sia dengan dakwaan menghalang penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19.

Beberapa fakta asas yang wajar diketahui:

1) NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memaklumkan tiada produk dgn bahan aktif Ivermectin berdaftar utk kegunaan manusia.

2) WHO (31 March 2021) membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid-19 bertujuan Kajian Klinikal sahaja.

3) FDA (3 April 2021) memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian ‘in-vitro’ dimakmal bukan untuk manusia.

4) EU (Kesatuan Eropah) 27 Mei lalu, melarang Ivermectin keatas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal.

5) The Union Health & Family India, 7 Jun 2021 telah mengeluarkan penggunaan Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipivarir utk rawatan Covid-19.

6) Laporan awal beberapa Kajian Klinikal diluar negara berkenaan Ivermectin, dan masih perlu dikaji dan diberi perhatian juga.

7) KKM sedang menjalankan Kajian Klinikal di 12 Hospital di Malaysia ke atas 500pesakit risiko tinggi Covid19.

Kenapa kita tidak benar menggunakan Off-Label’ Usage keatas pesakit Covid-19?

1) Indikasi sebenar ubat ini ialah sebagai anti-helmint (ubat cacing parasit) termasuklah onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthoases.

2) Jadi mana-mana ‘claim’ atau Indikasi yang baru perlu diuji semula secara Kajian Klinikal dengan mengambilkira kenapakah perlu diuji berdasarkan penemuan baru pre-klinikal.

3) Apa salahnya ditukar untuk rawatan sewaktu keperluan mendesak pandemik?
Memang SALAH! Contoh ubat Paracetamol didaftarkan untuk kawal Demam (Anti-pyretic), kemudian Doktor sesuka hati memberi kpd pesakit untuk rawatan cirit-birit. Jadi, tanggungjawab pihak NPRA memastikan keselamatan dan keberkesanan (Safety and Efficacy). Dan pihak pesakit boleh mendakwa pihak NPRA sekiranya melakukan kesalahan pendaftaran sekiranya ubat tersebut memberi kesan mudarat.

Kenapa ubat anti-parasit/anti-helmint Ivermectin ini boleh dikaitkan dengan rawatan Covid-19 sedangkan virus Covid19 mempunyai struktur yang berbeza sifat berbanding helmint (cacing) atau protoozoa?

1) Kajian awal ‘in-vitro’ telah bermula sejak 2012 lagi berkenaan fungsi tambahan Ivermectin oleh beberapa penyelidik luar negara.

2) Tetapi kajian itu terhad didalam makmal menggunakan model ‘in-vitro’, di mana ada bukti awal Ivermectin itu mempunyai keupayaan sebagai ‘anti-viral’ terhadap sekumpulan besar virus.

3) Sedangkan sejak 2012 lagi tiada Virus Covid-19?

Namun kajian lain pada 2020 (Leon et al) mendapati Ivermectin boleh menekan (inhibitory effect) dan mengawal ‘Viral Replication‘ lebih 5000 kali keatas viral RNA SARS-CoV-2 clinical isolate invitro pada 24-48 selepas rawatan dengan Ivermectin.

4) Dengan kata mudahnya, ada bukti makmal Ivermectin menekan virus SARS-CoV-2. Namun tiada bukti Kajian Klinikal yang jelas untuk mengaitkan kesan yang sama (clinical Extrapolation) keatas pesakit Covid-19.

Kesimpulannya

1) Kita wajar memberi ruang kepada pihak KKM (Institute of Clinical Research) melengkapkan Kajian Klinikal ini supaya maklumat ‘Keberkesanan dan Keselamatan’ dapat dikenalpasti.

2) Semua pihak perlu bersabar kerana KKM mengambil tanggungjawab yang berat untuk merawat dan memulihkan pesakit tanpa mengira kedudukan mereka.

3) Sebagai Pakar Pharmacology, saya tetap percaya Kajian Klinikal ‘Randomised Clinical Trial’ boleh merungkai ‘Potential New Mechanism of drug action’ untuk Ivermectin sepertimana yang telah ditemui dlm kajian makmal.

Prof Dr Azizi Ayob
Profesor Farmakologi 
International Medical University (IMU)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast