Noh Omar

KUALA SELANGOR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yakin Yang di-Pertuan Agong (YDPA) lebih arif dalam menangani masalah yang dihadapi rakyat.

Justeru itu, beliau menyerahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat sebarang keputusan termasuk cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan.

“Kita serahkan kepada YDPA, saya yakin YDPA lebih arif, prihatin masalah rakyat. Kita serahkan YDPA perkara itu,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

Semalam, Mahathir selaku Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) telah mempersembahkan cadangan kepada Agong supaya Mageran ditubuhkan.

Katanya, keadaan yang tidak menentu ketika ini lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang semakin mengganas memerlukan penubuhan Mageran itu disegerakan.

Untuk rekod, Mahathir semalam mengadap Agong sehari selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Hari ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah menghadap Agong.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yang hang pulak dah jadi wakil rakyat puluhan tahun x paham-paham lagi ke masalah rakyat.Ke hulu ke hilir menyebuk x tentu pasal..rakyat Selangor dah muak tengok muka hang( kecuali balachi- balachi hang je)

Comments are closed.