Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Pas memandang serius perbuatan menghina agama Islam termasuk kes seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan semalam.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad kesal kerana ia masih berlaku biar pun pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes seumpama itu sebelum ini.

“Pas berharap Polis Diraja Malaysia mempercepatkan dakwaan terhadap penghina agama dengan tindakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan yang sama, menurut Idris juga perlu dilakukan sekiranya berlaku penghinaan terhadap anutan-anutan lain berdasarkan Perlembagaan.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.