Eriksen yang rebah di atas padang semasa aksi Euro 2020 lawan Finland diberikan bantuan CPR atas padang sebelum kembali sedar diri dan dilaporkan stabil selepas dimasukkan di hospital.

COPENHAGEN – Insiden bintang tengah Denmark, Christian EriksenĀ  yang rebah di atas padang secara tiba-tiba semasa perlawanan menentang Finland awal pagi tadi telah mencetuskan kebimbangan terhadap beberapa pemain rakan rapatnya.

Romelu Lukaku antara pemain paling akrab dan meluangkan masa lebih bersama pemain itu menangis mendengar berita mengenai rakannya itu ketika aksi Belgium menentang Rusia di waktu yang sama.

Bagaimanapun dia kembali lega selepas menerima berita Eriksen telah sedar di hospital dan berada dalam keadaan sihatĀ  dipantau rapi oleh pakar perubatan.

Pemain Inter Milan berusia 29 tahun itu kini dilaporkan sudah stabil semula, lapor Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Perlawanan yang telah berlangsung di Copenhagen telah digantung sebelum separuh masa pertama selepas bekas bintang Spurs itu rebah secara tiba tiba atas padang.

Insiden itu mencetuskan panik dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan sebelum mereka mendesak pasukan paramedik untuk bantuan kecemasan.

Situasi itu juga telah mencemaskan 16,000 penonton yang telah menggerumuni stadium untuk perlawanan tersebut sementara pasukan paramedik menekan dada Eriksen untuk memastikan dia dapat bernafas semula menerusi CPR.

Sementara penjaga golnya, Kasper Schmeichel lari ke arah isteri dan anak Eriksen di tepi padang untuk mententeramkan mereka.

Justeru pengadil perlawanan dari England yang telah mengadili perlawanan semalam segera menamatkan perlawanan dan paramedik bergegas ke padang telah memberi bantuan pernafasan untuk Eriksen sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Perlawanan itu disambung semula dan pasukan Finland memberi tepukan gemuruh kepada skuad Denmark yang kembali semula untuk meneruskan perlawanan selepas insiden itu.

Uefa telah bersetuju untuk meneruskan semula perlawanan itu selepas diminta demikian oleh kedua-dua pasukan terlibat.

Dalam aksi itu Finland telah berjaya membuka jaringan untuk menang 1-0 ke atas Denmark.

Persatuan Bola Sepak Denmark memberitahu radio rasmi negara itu yang mengikuti perkembangan Euro bahawa Eriksen sudah boleh bernafas dan kini dirawat di hospital.

“Dia kini sihat dan dalam keadaan baik dan pasukannya beraksi semula perlawanan yang ditangguh seketika itu untuk Eriksen. Dia diberikan rawatan rapi ketika ini dan sedang dipantau rapat perkembangan kesihatannya selepas disyaki mengalami serangan jantung walaupun tiada sebarang rekod masalah jantung sebelum ini,” kata jurucakap pasukan itu.

Ketua Jurulatih Denmark Kasper Hjulmand sebak semasa mengendalikan sidang media selepas perlawanan.

“Ia adalah satu saat yang sangat mencabar apabila kami diberi peringatan tegas bahawa nyawa itu penting,” katanya.

Presiden Uefa, Aleksander Ceferin mendoakan Eriksen kembali pulih segera seperti sedia kala.

“Pada saat getir seperti ini, semangat keluarga bola sepak sangat kuat dan saya juga mendengar para penonton kedua dua pasukan di stadium telah menyebut nama Eriksen dan mendoakan kesihatannya.

Manakala, dalam perlawanan Euro kumpulan B, Romelu Lukaku yang menjaringkan gol pembukaan 3-0 untuk Belgium menentang Rusia awal pagi tadi telah memberikan solidariti untuk rakan sepasukannya Eriksen sambil menyebut ke arah kamera televisyen tepi padang, Chris, saya sayang kamu”.

“Semasa beraksi atas padang saya tak dapat memberi fokus dalam perlawanan selepas mendengar insiden yang menimpa rakan sekelab Eriksen yang terlantar di hospital.

“Saya takut dan menangis memikirkan kesihatannya kerana saya meluangkan lebih masa bersama dia di Inter Milan berbanding dengan keluarga saya…saya mahu dia kembali sihat semula dengan kadar segera,” kata Lukaku.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast