Nabila Razali (kanan) dan Dayan Trisha.

KUALA LUMPUR – Golongan artis disaran agar bijak menunjukkan penampilan yang sopan dan bukannya sengaja meraih publisiti untuk nama kekal dalam industri.

Sebagai contoh, kontroversi membabitkan artis Nabila Razali yang dikecam peminat gara-gara dikatakan berpakaian seksi dan menampakkan bahagian dada sedangkan dia menggunakan pakaian warna kulit.

Ramai tertanya-tanya apa tujuan menggunakan kain jenis warna kulit untuk rekaan pakaian yang ketat sekaligus menimbulkan salah faham masyarakat.

Netizen juga mahu artis menghentikan kain warna kulit terutama yang berhijab apatah lagi tudung yang dipakai pula senteng.

Malah jika baju itu ditaja sekali pun oleh pereka fesyen, artis boleh menolak dengan cara dan memberi idea untuk tampil dengan lebih sopan.
Artis juga pasti ada pembantu peribadi atau pegawai perhubungan dari syarikat rakaman, jadi boleh berfikir dan menolak jika pakaian diberi itu tidak sesuai.
Perkara yang sama berlaku kepada penyanyi Daiyan Trisha yang menerima kecaman pelayar media sosial itu kerana pakaian yang sengaja terbuka di bahagian dada dianggap terlalu seksi dan menjolok mata.
Netizen mempersoalkan kenapa pakaian yang dipakai itu boleh menutupi bahagian lain namun sengaja dibiar terbuka di bahagian dada.
Barangkali si pemakai mempunyai hak untuk memakainya namun masyarakat juga ada hak untuk menegur jika penampilan mereka seolah-olah sengaja mengundang publisiti murahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.