Najwan
Najwan Halimi

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mengajak semua pimpinan untuk duduk semeja dibidas Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi.

Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik mempersoalkan kenapa semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri, perkara itu tidak dipraktikkan.

“Masa nak resign, takda pulak nak ajak duduk semeja bincang,” katanya di Twitter hari ini.

Najwan membidas kenyataan Khairuddin menganggap cadangan Mahathir bagi penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) semata-mata untuk kepentingan bangsa dan negara.

Khairuddin berkata, sudah tiba masanya untuk semua pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang duduk semeja bagi membincangkan isu ke arah pembinaan Malaysia baharu.

Ia susulan Ahli Parlimen Langkawi itu yang mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadap baginda pada Khamis lalu.

Mahathir memperincikan cadangan penubuhan badan pentadbir negara ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dibangkitkannya.

Beliau menggelar badan itu sebagai Majlis Pemulihan Negara dan menambah ia bukan bertujuan untuk menggantikan kerajaan.

Pada Februari 2020, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang dikatakan punca kejatuhan sebenar Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, sebab yang benar-benar menjatuhkan PH adalah tindakan Presiden PkR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari 2020. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sokong Majlis Pemulihan Negara demi selamatkan Malaysia- Khairuddin

1 Komen

  1. Mahadir sokong pH ada muslihat tersendiri. Langkah pertama janji pH bukan kitab suci dah nampak dah jarum dia mula menyocok untok sabotaj pH. Tapi majlis perisiden pH tak ambil kesah kerana bersangka baik. Akhirnya pH dan rakyat dikhianati oleh kaum munafikun ……

Comments are closed.