Penduduk menerima suntikan vaksin di dalam sebuah bas yang digunakan sebagai pusat vaksin bergerak sempena kempen 'Vaksinasi COVID-19@Wilayah Prihatin' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,357,966 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya, beliau memaklumkan, seramai 3,132,304 orang telah menerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 4,490,270 dos, ujar beliau.

Katanya, Selangor merekodkan pemberian dos lengkap tertinggi sebanyak 174,302, diikuti Sarawak (149,227) dan Kuala Lumpur (122,810)

Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 13,789,736 individu atau 56.80 peratus telah mendaftarkan diri untuk
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Selangor juga menjadi negeri tertinggi berdaftar di bawah PICK iaitu sebanyak 3,508,098. – MalaysiaGazette