Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Saudara Pengarang,

Tidak berapa lama lagi perintah darurat akan berakhir iaitu pada Ogos 2021. Namun
sudah pasti pertimbangan yang wajar dan berlunaskan fakta kejadian semasa akan
digunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat
keputusan sama ada ia perlu diteruskan atau terhenti disitu.

Sudah pasti Kerajaan Perikatan Nasional akan meminta untuk tempoh darurat ini
dilanjutkan lagi sehingga kes Covid-19 beransur baik dan gelombang ketiga dapat
dikalahkan. Ia sama seperti perjanjian awal dimana darurat ini dikuatkuasakan untuk
menurunkan kes jangkitan Covid-19 dan akan berhenti sama ada pada Ogos 2021 atau
setelah Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berpuas hati dengan pandemik
tersebut.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi
pula senada mengenai isu ini. Mereka mahu perintah darurat diberhentikan setakat
Ogos 2021 dan sidang Parlimen dibuka segera.

Berbeza pula dengan pandangan kelompok ketiga dalam kancah politik tanah air
bilamana Parti Pejuang dan Warisan Sabah lebih bersetuju kepada cadangan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan MAGERAN di negara
ini.

Yang di-Pertuan Agong kita bukanlah Ketua Negara yang mudah dimanipulasi. Baginda
telah bertindak memanggil ketua-ketua parti utama tanah air baru-baru ini dipercayai
untuk tujuan mendapatkan pandangan jelas berkaitan tempoh darurat.

Pada sudut pandang rakyat kebanyakan pula, kita lebih bersetuju agar tempoh darurat
ini diteruskan sehingga satu tempoh dimana gelombang ketiga Covid-19 ini berjaya
dihapuskan.

Semua ini boleh terjadi sekiranya semua pihak sama-sama memberi kerjasama dan
berdisiplin dalam mematuhi arahan dan bertindak mengikut peranan masing-masing.

Tiga tonggak perwira utama negara dalam melawan Covid-19 ini iaitu Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakub, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin harus diberi sepenuh
ruang untuk mereka fokus dan bekerja melawan pandemik ini.

Kita tak perlu ada sebarang kekacauan sama ada dari dalam kabinet mahupun ahli
politik, penjawat awam apatah lagi dalam masyarakat kebanyakan. Kita mahu masing-
masing memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka bertiga untuk membawa jentera
perang melawan Covid-19 ini untuk melandaikan lengkungan graf kes virus tersebut.

Jika kita sekat atau matikan usaha ketiga-tiga tonggak ini di tengah jalan, semua
perbelanjaan dan gerak kerja selama lebih setahun ini akan menjadi sia-sia sahaja.

Justeru marilah kita menyeru dan mengharapkan pihak Istana Negara untuk membuat
keputusan memanjangkan lagi tempoh proklamasi darurat ini sehingga negara kita
benar-benar terlepas dari serangan virus tak nampak ini.

IBN SAAD
Wilayah Persekutuan Putrajaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast